Salam Lebaran

Posted on 11:52 PM | By Alumni SMA Al Falah | In



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Syukur ke hadrat Allah swt kerana kita berjaya menempuh bulan Ramadan al-Mubarak dengan penuh ketaatan dan ketekunan. Tiadalah hadiah kejayaan yang terlebih besar dan istimewa dari kejayaan memperoleh status takwa.



"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu dari kamu, supaya kamu bertakwa."



Al-Baqarah: 183



Ketakwaan ini akan terus membawa kita terus istiqamah dalam beramal ibadah kepada Allah swt seterusnya menjauhkan diri kita dari melakukan kemaksiatan dan kemungkaran di atas muka bumi Allah swt. Itulah tanda kejayaan Madrasah Ramadhan 1431H, yang tidak lama lagi akan meninggalkan kita.



Berakhirnya Ramadhan, Syawal pula mengunjung tiba. Aidil Fitri adalah hari kebesaran kurniaan Allah SWT setelah kita menunaikan ibadat puasa dalam masa sebulan.



Islam menganjurkan kita memuji nama Allah apabila menjelangnya Syawal, memanjatkan rasa syukur kerana berjaya melalui ujian besar menghadapi Ramadhan serta bersedih kerana kita sudah terlepas daripada Ramadhan, bulan yang penuh rahmat.



Dalam kegembiraan kita menyambut Aidil Fitri, jangan kita melupakan sahabat seagama kita yang berada dalam kesusahan, kesakitan, menderita mempertahankan negara.



Akhir kalam, saya mewakili pihak Jawatankuasa ALUMNI ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin, kepada seluruh muslimin muslimat semua.



Selamat pulang ke kampung dan selamat kembali ke rumah masing-masing dengan hati gembira dan tenang. Pandu cermat, jiwa selamat. Semoga berjumpa lagi.



Semoga Allah swt merahmati kalian semua.



Sekian, terima kasih.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillah il-hamd.


Sholihi Abdul Latif
Alumni SMAAFBT 2010/2011



**p/s:Sambutan aidilfitri gabungan sekolah, PIBG dan ALUMNI AL-FALAH akan diadakan pada 25/9/2010 jam 9.00pagi. Semua pelajar dan bekas pelajar dijemput hadir.
**Kepada bekas pelajar yang ingin hadir sila sms nama kpd En.Zaki Sulaiman (013-9475853)

Comments (0)

Post a Comment