Borang Alumni SMAAF BT

Posted on 9:04 AM | By Alumni SMA Al Falah | In

Sila sebarkan/download disini

Jika ada sebarang pertanyaan sila email ke falahians@gmail.com
dan Sertai kami di Facebook

eMail untuk AJK

Posted on 8:47 AM | By Alumni SMA Al Falah | In


بِسْـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Di harap AJK Alumni dapat check email korang, Pengerusi kita ada perkara yang nak dikatakan, email dihantar ke alamat email yang korang gunakan untuk Facebook.
Selaku AJK yang dilantik, kita diamanahkan untuk menjaga hak ahli.
Sekali lagi saya memohon maaf atas kekurangan,

Jika ada tambahan dan difikirkan perlu untuk kebaikan ALUMNI AL-FALAH dari yang tersebut di atas sangatlah dialu-alukan

Gunakanlah saluran ini untuk menyuarakan segalan komen dan pandangan utk memajukan ALUMNI ini.

والله أعلم

Persatuan Bekas pelajar Sek.Men A Al-Falah Bt Talam

Posted on 12:49 AM | By Alumni SMA Al Falah | In

Tarikh : 06 Jun 2010
Masa : 10:00am
Tempat : Dewan Besar SMAAF BT Raub Pahang

Majlis bermula dengan ucapan pengerusi majlis iaitu En Hanafi Yahya, mengalu-alukan kehadiran rakan-rakan termasuk Ustzah Rosnah, Ust. Sabri dan Cikgu Rusdi Mat Nor. Kehadiran pada hari itu sangat menggalakkan.

Seterusnya pengagihan undang-undang persatuan kepada setiap yang hadir, kemudian ada sedikit taklimat penerangan undang-undang dan hal-hal berkaitan dengan alumni Al-Falah yang di sempurnakan oleh En.Zaki Sulaiman.

Setelah semuanya jelas, En Sholihi Abd Latif merangkap Ketua Penaja Persatuan ini memberi sedikit ucapan terima kasih kepada semua yang bertungkus-lumus melaksanakan kerja-kerja pendaftaran dari awal sehingga semuanya sempurna

“Jasa Kalian sangat dihargai, Allah sahaja mampu membalas kerja baik anda”

, YB Adun Batu Talam, Jabatan Pentaran Pertubuhan Negeri Pahang, tidak dilupakan pihak sekolah yang tidak jemu-jemu membantu menjayakan matlamat supaya persatuan ini menjadi persatuan yang berdaftar.

Pada hari itu juga berlaku pembubaran jawatan kuasa penaja. Jawatan kuasa sementara ini terdiri dari beberapa orang yang dilantik pada mesyuarat penaja pada 20 Ogos 2009 lalu, mereka menjalankan segala urusan persatuan sebelum lantikan rasmi AJK pada mesyuarat agong pada 6 jun 2010.

Setelah pembubaran berlaku, mesyuarat dimulakan dengan lantikan AJK yang akan menggalas tanggungjawab untuk sesi 2010/2011. ianya di sempurnakan oleh En. Aezy Zulkifli selaku pengerusi, Cik Maimunah Sulaiman sebagai setiausaha, dan En. Zahrul Huzairi sebagai pembantu S.U.

Dan hasil undian, AJK alumni Al-Falah untuk Sesi 2010/2011 adalah seperti berikut

Pengerusi : Sholihi Abd latif
Timbalan : Mazira Yahya
Naib Pengerusi :
:
Setiausaha : Noraini Sulaiman
Penolong : Zahrul Huzairi
Bendahari : Norharahaz

AJK khas : Halimatun
: Hanafi Yahya
:
:
Antara lain agenda pada hari itu ialah, meminta persetujuan umum tentang pembukaan akaun Bank Islam untuk persatuan serta memberi mandate kepada pengerusi , timbalan dan bendahari menandatangan semua cek persatuan.

Hal-hal lain ialah berlaku sedikit pindaan pada undang-undang persatuan. Antaranya pindaan pada yuran keahlian

Pindaan tersebut adalah seperti berikut:
Yuran Keahlian : RM50
Yuran tahunan : RM20 (bermula pd tahun ke-2 dan seterusnya)

Segala cadangan untuk program persatuan yang akan dilaksanakan pada tahun ini akan dibincangkan pada mesyarat peringkat AJK akan datang.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan ringan.

Wassalam..

-Editor