Perjumpaan pada 26Dec2009

Posted on 10:50 PM | By Alumni SMA Al Falah | In

Alhamdulillah, perjumpaan khas MT alumni dan sahabat2 lain telah selamat
disempurnakan. kehadiran adalah cukup menggalakkan, itu lah semangat kerjasama
yang perlu ada dalam diri kita

sokongan dari sahabat sangat lah dihargai,

perjumpaan pada 26dec itu diadakan tepat jam 10:30am dan fokus utama perjumpaan
ialah untuk memberi penerangan kepada sahabat2 tentang persatuan ini,
Majlis dimulakan dengan al-fatihah oleh pengerusi, dan majlis diteruskan dengan
memberi peluang pada yang hadir bercakap tentang apa yang mereka harapkan dengan wujudnya
persatuan ini.

pelbagai pendapat telah diutarakan antaranya mengemaskini struktur organisasi, mengumpul maklumat bekas2 pelajar.
semua yang hadir mengharapkan pertubuhan ini begerak dan terus begerak... InsyaAllah

majlis diteruskan dengan sdr Zaki memberi ulasan tentang status pendaftaran persatuan ini. Untuk maklumat semua,
pada 1 ramadhan dulu sebahagian bekas2 pelajar al-falah telah berkumpul membincangkan tentang hal penubuhan persatuan
ini, dan hasilnya satu jawatankuasa ditubuhkan bagi tujuan tersebut. Sdr Nasri dan Zul Azfar menjadi penggerak utama
pada peringkat awalnya..THanks:) jasa kalian kami hargai. setelah pelbagai rintangan dilalui, sekarang cuma tinggal semakan terakhir
oleh pendaftar pertubuhan negeri pahang.

Sdr Zaki dalam ulasannya menegaskan persatuan ini perlu didaftarkan secara rasmi bagi mengelakkan masalah yang munkin akan timbul.
dia telah menyuntik semangat dan membuka minda ahli yang hadir untuk terus menggerakkan persatuan dengan jaya nya..
InsyaAllah satu perjumpaan khas akan diadakan sekali lagi sebaik sahaja kita menerima surat rasmi dari pejabat pendaftaran persatuan,
diharapkan semua jawatankuasa sementara yang dilantik 1 ramadhan dulu dapat hadir,

majlis ditamatkan pada jam 12:30 tgh/hari dengan wakil setiap batch menyenaraikan nama dan no.tel sahabat2 mereka yang tidak dapat hadir
dan diserahkan kepada Timb. S/U untuk dimasukan kedalam database persatuan.

Sekian, harapkan Alumni ni akan terus aktif dan berjaya ...Aminnn

Jumpa lagi:)

-Editor